Kereta Edisi Terhad Volkswagen Beetle Habis Terjual Di Lazada Dalam Tempoh Kurang 20 Minit

Kereta Edisi Terhad Volkswagen Beetle Habis Terjual Di Lazada Dalam Tempoh Kurang 20 Minit

Diterbitkan pada Dis 13, 2017 oleh .

Bersempena dengan 12.12, pihak Lazada turut membuat kejutan dengan mula menawarkan kereta melalui laman e-dagang mereka. Untuk tujuan promosi percubaan kali pertama ini, Lazada Malaysia bekerjasama dengan pihak Volkswagen untuk menawarkan kereta edisi terhad Volkswagen Beetle yang hadir dalam pilihan rekaan Herbie 53 dan juga Hot Bug.

Kini, selang sehari daripada penjualannya, Lazada berkongsi pencapaian menarik mereka untuk jualan berkenaan.

Lazada Volkswagen

Menurut Lazada, kereta pertama telah terjual melalui platform mereka dalam masa 26 saat sejak jualan mega 12.12 dimulakan. Kesemua 12 buah kereta edisi terhad berkenaan habis terjual dalam masa 20 minit sahaja – sekaligus memperlihatkan permintaan yang tinggi, dan keterbukaan pengguna untuk membeli kereta melalui platform e-dagang.

Kereta edisi terhad ini dijual pada harga RM112,112 setiap satu, dan pengguna perlu membayar RM5,000 sebagai tempahan melalui laman Lazada.

Dengan kejayaan ini, mungkinkah kita akan melihat lebih banyak penawaran lebih kurang sama dilakukan Lazada melalui platform e-dagang mereka?


TIPS & ULASAN