Cari @ Amanz

Peranti Meizu M6 Note dan M6 akhirnya dilancarkan di Malaysia hari ini. Kedua-dua peranti dipasarkan pada harga jualan yang mampu milik iaitu RM 899 untuk M6 Note dan RM 599 untuk M6.

Meizu M6 Note hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 625, dilengkapi memori sehingga 3GB RAM, ruangan storan 32GB, dilengkapi dwi-kamera 12+5 Megapixel pada bahagian belakang dan kamera hadapan sebesar 16-megapixel.

Menariknya, Meizu turut menawarkan bateri berkapasiti 4000mAh dan hadir dengan sokongan pengecasan pantas. Versi dengan memori 4GB RAM dan storan 64GB akan hadir ke pasaran di masa hadapan tetapi harga masih belum diumumkan.

Meizu M6

Meizu M6 pula dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan resolusi HD, dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6750, memori sebesar 3GB RAM dan storan 32GB.

Untuk rakaman gambar, Meizu M6 menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Meizu M6 menggunakan bateri berkapasiti 3070mAh, dan menjalankan Android 7.0 Nougat.

Bagi yang berminat kedua-dua peranti akan dijual sebelum Krismas mendatang menerusi laman Lazada dan Shopee.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd