Tahun 2015 diramalkan menjadi tahun peranti boleh pakai dengan pelancaran Apple Watch. Jam tangan pintar keluaran Cupertino ini dipercayai adalah pemangkin kepada sektor ini sama seperti iPhone memangkin perkembangan peranti pintar. Menurut laporan Mashable yang memetik angka yang dikeluarkan oleh Canalys, sebanyak 34.4 juta Apple Watch telah terjual setakat ini.
Pada waktu yang sama dianggarkan 51.6% jam tangan pintar yang telah terjual setakat ini ialah Apple Watch. Apple setakat ini tidak pernah berkongsi angka jualan rasmi Apple Watch. Apa yang Apple Watch ialah jam tangan pintar yang memang paling kerap kami lihat dipakai pada pergelangan tangan berbanding jenama ain.