Google Assistant Kini Hadir Ke Telefon Pintar Android Lollipop Dan Juga Tablet

Google Assistant Kini Hadir Ke Telefon Pintar Android Lollipop Dan Juga Tablet

Diterbitkan pada Dis 14, 2017 oleh .

Mengikut angka terkini yang dikongsi oleh Google, masih terdapat 26.3% peranti yang menggunakan Android Lollipop. Ini menjadikannya versi Android kedua terbesar selepas Marshmallow. Hari ini Google telah mengesahkan sokongan Google Assistant pada telefon pintar yang masih menggunakan Android Lollipop.

Kemaskini Google Assistant akan diterima pengguna bahasa Inggeris di negara Amerika Syarikat, UK, India, Australia, Kanada dan Singapura. Pengguna bahasa Sepanyol di Amerika Syarikat, Mexico dan Sepanyol turut akan menerima Assistant pada peranti Lollipop mereka. Ia juga turut diterima pengguna di Itali, Jepun, Jerman, Brazil dan Korea.

Pengumuman kedua menarik hari ini ialah Assistant akhirnya hadir ke tablet yang menggunakan Nougat dan Marshmallow. Walaubagaimanapaun kemaskini ini terhad kepada pengguna bahasa Inggeris di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.


TIPS & ULASAN