Rekaan Dan Spesifikasi Honor 9 Lite Tertiris – Akan Dilancarkan 21 Disember Ini

Rekaan Dan Spesifikasi Honor 9 Lite Tertiris – Akan Dilancarkan 21 Disember Ini

Diterbitkan pada Dis 14, 2017 oleh .

Walaupun kita sudah di penghujung 2017, masih terdapat pengeluar yang mahu melancarkan perani terbaru mereka. Honor akan melancarkan Honor 9 Lite pada 21 Disember kurang dari sebulan selepas Honor V10 dilancarkan. Spesifikasi dan rekaan peranti ini telahpun tertiris menerusi laman TENAA.

Honor 9 Lite dilengkapi skrin 5.65″ IPS LCD 18:9 beresolusi FHD+,dijana pemproses Kirin 659. memori sebesar 3/4 GB RAM dan storan 32/64 GB. Peranti ini dilengkapi sistem dwi-kamera 13+2 Megapixel pada bahagian belakang dan hadapan. Ia turut dilengkapi bateri sebesar 2900 mAh serta menggunakan Android Oreo. Bolehlah dikatakan Honor 9 Lite ialah alternatif kepada Huawei Nova 2i dengan skrin lebih kecil.


TIPS & ULASAN