Cari @ Amanz

Google kini telah mula memperkenalkan sejumlah aplikasi yang dioptimasikan untuk peranti-peranti berspesifikasi rendah, serta menggunakan sambungan internet yang perlahan. Selepas pengenalan YouTube Go dan Files Go sebelum ini, hari ini Google telah menerbitkan Google Maps Go di Play Store.

Walaubagaimanapun, ia masih belum boleh dimuat-turun untuk pengguna tempatan.

Google Maps Go dilihat sebagai sebuah aplikasi berbentuk PWA (Progressive Web App) yang membawa kepada perkhidmatan Google Maps Go pada peranti berspesifikasi rendah – selain pada masa yang sama menggunakan ruangan storan yang rendah.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada aplikasi ini ditawarkan kepada semua pengguna seluruh atau hanya terhad untuk buat beberapa negara sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd