Cari @ Amanz

Monitor Samsung CHG90 ialah antara yang paling unik yang pernah dilancarkan kerana bukan sahaja mempunyai rekaan melengkung tetapi ultra lebar dengan nisbah 32:9. Bagi pengguna di Malaysia, penantian untuk memilikinya akan berakhir esok.

Samsung CHG90 dilengkapi skrin 49″ dengan resolusi 3840 X 1090 pixel berteknologi Quantum Dot. Ini membolehkannya memaparkan dua input sekaligus berfungsi seakan dua monitor secara serentak. Pada waktu yang sama ia menyokong kadar segar semula 144 Hz, paparan HDR, kadar tindak balas 1ms dan sokongan Radeon FreeSync 2.

Dari segi sambungan ia menyokong dua sambungan HDMI, 1 mini Display Port dan 1 Display Port. Terdapat juga satu bicu audio 3.5mm dan sistem lampu pada bahagian belakang. Monitor ini akan mula dijual pada 15 Disember pada harga RM 6499 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd