Xiaomi Malaysia telah mengumumkan telefon pintar Redmi 5A untuk pasaran Malaysia pada minggu lepas, dan ia telah boleh dibeli melalui Lazada secara eksklusif sejak minggu ini. Menariknya, kini bersempena jualan hujung tahun 12.12/14.12 yang diadakan oleh Lazada, mereka turut memberikan diskaun tambahan sebanyak RM20, sekaligus menjadikan peranti berkenaan kini berharga RM379.
Xiaomi Redmi 5A merupakan telefon berskrin 5-inci dengan resolusi HD, menggunakan Snapdragon 425, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Ia turut menggunakan kamera belakang 13-megapixel dengan bukaan f/2.2, dan kamera hadapan 5-megapixel dengan bukaan f/2.0. Redmi 5A menyertakan bateri 3000mAh untuk masa penggunaan yang lama.
Bagi anda yang berminat, mungkin boleh tempah dan dapatkan telefon pintar ini pada harga diskaun RM379 untuk malam ini.
- Info
- Beli : Xiaomi Redmi 5A