Xiaomi Mi A1 Berwarna Merah Mula Ditawarkan Di Indonesia

Xiaomi Mi A1 Berwarna Merah Mula Ditawarkan Di Indonesia

Diterbitkan pada Dis 15, 2017 oleh .

Antara peranti paling menarik tahu ini bagi kami ialah Xiaomi Mi A1. Ia mempunyai spesifikasi yang menarik, menggunakan Android One dan paling penting sekali dijual pada harga amat mampu milik. Di Malaysia ia kini boleh dimiliki pada harga kurang RM1000 dengan tiga pilihan warna emas, hitam dan merah jambu. Di Indonesia edisi khas berwarna merah kini telah ditawarkan.

Xiaomi Mi A1 edisi merah ini ditawarkan di Indonesia sempena sambutan Hari Natal. Ia ditawarkan pada harga IDR 3,099,000 (~RM 931) sebuah. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5-inci HD penuh, dijana cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Dwi-kamera utama 12+12 Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan sebesar 5-Megapixel. Akhir sekali ia dilengkapi bateri sebesar 3080 mAh.


TIPS & ULASAN