Carian
Samsung Dijangka Memperkenalkan Speaker Pintar Pada Awal 2018
December 15, 2017 Aman

Tahun ini menyaksikan beberapa speaker pintar diperkenalkan, termasuk daripada Google dan Amazon, selain Apple HomePod dan juga Microsoft dengan speaker daripada beberapa rakan kerjasama mengintegrasikan Cortana.

Samsung turut tidak ingin ketinggalan, dan telah diperkatakan bakal hadir dengan sebuah speaker pintar sejak beberapa bulan lepas. Pihak Samsung sendiri telah mengesahkannya, dan kini laporan lanjutan hadir daripada Bloomberg mengatakan Samsung akan melancarkannya pada suku pertama 2018 kelak.

Speaker pintar Samsung ini akan turut mengintegrasikan pembantu digital maya Bixby, selain memudahkan pengguna menguruskan pelbagai peralatan elektronik melalui ekosistem Samsung SmartThings.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada Samsung akan melancarkannya di kebanyakkan negara ataupun hanya memfokuskan kepada negara dengan sokongan bahasa untuk Bixby sahaja.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai speaker pintar daripada Samsung ini.

Komen