Facebook hari ini mengumumkan sedikit kemaskini untuk News Feed, mengatakan mereka akan mula menekankan kepada memperlihatkan video di News Feed berbanding sebelumnya.
Facebook mengatakan mereka akan menekankan paparan video daripada Pages yang pengguna sentiasa tonton ke News Feed, selain turut memaparkan lebih banyak video daripada penerbit sama di News Feed.
Langkah ini akan turut membuatkan lebih ramai penerbit hasilkan video untuk platform berkenaan – sementara untuk pengguna pula, mereka akan menghabiskan tempoh yang lebih lama pada perkhidmatan sosial berkenaan untuk menonton video.