Lebih 500,000 Produk Telah Terjual Melalui Shopee Pada 12.12 Lepas

Lebih 500,000 Produk Telah Terjual Melalui Shopee Pada 12.12 Lepas

Diterbitkan pada Dis 15, 2017 oleh .

Shopee, salah satu laman e-dagang yang turut menyediakan promosi khusus bersempena dengan 12.12 pada minggu ini, kini telah mengumumkan statistik yang dicatatkan oleh mereka dalam tempoh 24 jam tersebut.

Menurut Shopee, sebanyak 500,000 pembelian barangan telah dilakukan oleh pengguna Malaysia melalui platform berkenaan pada tarikh 12.12 berkenaan. Secara keseluruhan, untuk rantau Asia Tenggara, Shopee mencatatkan lebih 2.5 juta tempahan dalam 24 jam.

Menurut Shopee, jenama yang paling popular sepanjang tempoh 24 jam berkenaan adalah Petronas, Nestle dan Watsons. Shopee mengatakan lebih 3,100 unit kad Mesra Petronas telah terjual dalam tempoh 24 jam melalui platform mereka.

Transaksi yang paling tinggi direkodkan pada hari berkenaan adalah bernilai RM15,000 oleh seorang pengguna.

Shopee turut mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan kempen Kembali Ke Sekolah daripada 18 hingga 24 Disember 2017 kelak.


TIPS & ULASAN