Buku Undang-Undang Jalan Raya Akan Ditawarkan Dalam Bentuk E-Buku Bermula Mac 2018

Buku Undang-Undang Jalan Raya Akan Ditawarkan Dalam Bentuk E-Buku Bermula Mac 2018

Diterbitkan pada Dis 15, 2017 oleh .

Musim cuti sekolah tiba lagi dan secara tradisinya bulan Disember adalah masa paling sebuk di sekolah memandu. Pelajar yang usia mengambil peperiksaan SPM mula mengisi masa cuti dengan mengambil lesen. Akhbar The Star melaporkan kekurangan Buku Panduan Pembelajaran Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) di Selangor.

Oleh itu bagi mengelakkan masalah yang sama dari berulang, JPJ akan menawarkan buku KPP dalam bentuk e-buku bermula Mac 2018. Dengan ini pelajar yang ingin memohon lesen tidak perlu lagi bergantung kepada buku fizikal. Pada waktu yang sama pihak JPJ telah mengedarkan 50,000 salinan buku KPP ke sekolah-sekolah memandu yang mengalami kekurangan tahun ini.


TIPS & ULASAN