Cari @ Amanz

BlackBerry hari ini berkongsi sedikit kemaskini berkaitan platform mereka, mengatakan akan menyokong peranti berasaskan BB10 dan BBOS sekurang-kurangnya untuk dua tahun lagi.

Walaubagaimanapun, sokongan yang dinyatakan tidaklah dari segi kemaskini perisian – tetapi lebih kepada melanjutkan beberapa sokongan perkhidmatan dalam memastikan peranti berasaskan BB10 dan BBOS terus dapat berjalan lancar.

Menurut BB, mereka akan menyokong kedai aplikasi BlackBerry World sehingga 31 Disember 2019 kelak, sokongan BlackBerry Travel sehingga Februari 2018, dan sokongan panggilan video Playbook sehingga Mac 2018 kelak.

Dengan pengumuman ini, kita mungkin dapat menyasarkan yang mana sokongan rangkaian BBOS dan BB10 akan ditamatkan selepas penghujung 2019 kelak.

Untuk anda, adakah anda masih aktif menggunakan peranti berasaskan BB10 atau BBOS?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd