Dengan kehadiran 2018 yang semakin hampir, semestinya ramai menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Samsung melalui telefon pintar baru mereka kelak. Kini, laporan daripada TheBell Korea mengatakan yang mana Galaxy S9 bakal dilancarkan secara rasminya pada penghujung Februari 2018 kelak.
Laporan berkenaan mengatakan Samsung menyasarkan untuk pengenalan pada 27 Februari 2018, beberapa hari sebelum Mobile World Congress – dan seterusnya memasarkan ia bermula bulan selepasnya.
Jikalau mengikut siri Galaxy S sebelum-sebelum ini, Galaxy S5, Galaxy S6 dan Galaxy S7 dilancarkan pada latar masa lebih kurang sama, dan cuma Galaxy S8 yang diperkenalkan sedikit lewat, iaitu pada penghujung Mac.