Carian
Vivo Bakal Menjadi Terawal Umum Telefon Dengan Pengimbas Cap Jari Diintegrasi Pada Skrin
December 15, 2017 Aman

Synaptics sebelum ini telah mengumumkan pengeluaran pengimbas cap jari secara terbina pada skrin – sekaligus membolehkan penghasilan rekaan skrin menyeluruh tanpa risau akan posisi sensor pengimbas cap jari.

Vivo Synaptics

Kini, lanjutan daripadanya, Forbes melaporkan yang mana= Vivo akan menjadi yang terawal memperkenalkan telefon pintar dengan penggunaan skrin yang mengintegrasikan pengimbas cap jari. Perkara ini mungkin tidak mengejutkan, memandangkan beberapa bulan lepas, Vivo sedia mempertontonkan prototaip dan konsep untuk peranti seumpamanya. Ia dikatakan yang mana pengimbas cap jari pada skrin ini beroperasi dengan pantas dan lancar berbanding jangkaan – memandangkan hanya diuji pada peranti prototaip sahaja buat masa ini.

Dengan integrasi pengimbas cap jari terus pada skrin, ia sekaligus membolehkan pengeluar menghasilkan rekaan telefon pintar dengan skrin menyeluruh tanpa risau akan posisi dimana mereka ingin menyertakan pengimbas cap jari.

Dengan laporan baru ini, kita mungkin akan dapat melihat Vivo memperkenalkan telefon pintar dengan skrin yang mengintegrasikan pengimbas cap jari ini pada awal 2018 kelak.

Komen