Cari @ Amanz

Mungkin ramai sedia maklum yang mana HTC Vive menjalankan Steam VR – dan menawarkan sejumlah kandungan realiti-maya melaluinya. Kini, turut menawarkan kandungan untuknya adalah Google melalui aplikasi YouTube VR.

YouTube VR

Google hari ini telah menerbitkan aplikasi YouTube VR di Steam, membolehkan anda menonton pelbagai video daripada YouTube menggunakan HTC Vive.

Daripada ujian awal sesetengah pengguna, mereka mengatakan ia tidak stabil sepenuhnya – dan ada yang menghadapi masalah PC tergendala ketika memulakannya.

Walaubagaimanapun, dengan pengenalan aplikasi YouTube VR ini, kita mungkin akan dapat melihat lebih banyak aplikasi realiti-maya daripada Google diperkenalkan untuk Steam VR.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd