BlackBerry Menamatkan Sokongan Kemaskini Sekuriti Untuk BlackBerry Priv

BlackBerry Menamatkan Sokongan Kemaskini Sekuriti Untuk BlackBerry Priv

Diterbitkan pada Dis 15, 2017 oleh .

BlackBerry ketika pengenalan telefon pintar Android mereka, BlackBerry Priv, telah mengatakan yang mana mereka akan menyokong kemaskini sekuriti bulanan setiap bulan selama dua tahun. Kini, selang 24 bulan sejak diperkenalkan, hari ini BlackBerry mengumumkan mereka kini menghentikan sokongan sekuriti untuk telefon pintar berkenaan.

Di Malaysia sendiri, BlackBerry Priv telah dilancarkan pada Disember 2015 yang lepas – dan pengumuman ini hadir hampir 2 tahun selepas pelancarannya, sekaligus mungkin membuatkan ramai pemiliknya berpuas hati jikalau dibandingkan dengan pengeluar peranti Android lain yang jarang menawarkan kemaskini sekuriti.

Pihak BlackBerry mengatakan Priv masih merupakan peranti Android dengan sekuriti yang baik, dan turut mengatakan akan terus menyokong jaminan peranti, selain menawarkan program tukar-ganti di beberapa negara.


TIPS & ULASAN