BNM : Nilai Purata Transaksi Kriptowang Di Malaysia Mencapai RM75 Juta Sebulan

BNM : Nilai Purata Transaksi Kriptowang Di Malaysia Mencapai RM75 Juta Sebulan

Diterbitkan pada Dis 15, 2017 oleh .

Bank Negara Malaysia kini dalam perancangan untuk mengeluarkan beberapa garis panduan berkaitan arena kewangan digital dan sebagainya. Menyentuh mengenainya hari ini, Bank Negara Malaysia mengatakan kini secara purata, transaksi kriptowang Bitcoin dan lain-lain mencapai RM75 juta setiap bulan di Malaysia.

Angka ini dikeluarkan berdasarkan kepada empat pertukaran matawang digital popular, iaitu Luno, Coinhako, Xbit Asia, dan juga PinkEchange.

Menyentuh mengenainya, ia ditekankan yang mana mata wang digital ini adalah tidak sah di Malaysia, tetapi pihak bank negara tidak menghentikan pertukaran yang dilakukan oleh pengguna.

Bank Negara dikatakan akan bertemu dengan ke-empat-empat pertukaran matawang digital popular berkenaan untuk berbincang lanjut mengenai arena yang semakin popular ini.

Buat masa ini, salah satu mata wang digital yang popular adalah Bitcoin, dimana harganya mencapai hampir RM70,000 untuk satu bitcoin.


TIPS & ULASAN