Project Tango ialah percubaan paling awal Google untuk menyokong tengologi AR pada peranti mudah alih. Di pasaran hanya Asus Zenfone AR dan Lenovo Phab 2 Pro adalah peranti komersial Tango yang dijual secara umum. Dengan pengumuman ARCore awal tahun ini, liang lahad untuk Project Tango sudah mula digali dan menantikan jasad untuk ditanam.
We’re turning down support for Tango on March 1, 2018. Thank you to our incredible community of developers who made such progress with Tango over the last three years. We look forward to continuing the journey with you on ARCore. https://t.co/aYiSUkgyie
— Tango (@projecttango) December 15, 2017
Google akhirnya telah mengumumkan sokongan ke atas Project Tango akan dihentikan secara rasmi bermula 1 Mac 2018. Mereka mengucapkan terima kasih kepada yang menyokong Tango selama ini dan berharap akan meneruskan pembangunan menggunakan ARCore Developer Preview 2 yang dilancarkan semalam.
Selamat tinggal Project Tango. Masalah dengan Tango ialah ia memerlukan peranti mempunyai banyak kamera dan sensor yang sekaligus membuatkan harga peranti menjadi terlalu mahal.