Cari @ Amanz

Kemaskini ke Android 8.1 mula diterima minggu lalu. Selain kemaskini sekuriti, ia turut mengaktifkan Neural Networks API yang membolehkan pembangun aplikasi untuk mengintegrasikan keupayaan pembelajaran mesin pada aplikasi mereka. Tetapi kemaskini ini turut dilaporkan membawakan masalah baru pada pengguna Pixel.

Masalah pertama ialah ia menyebabkan proses nyahkunci menjadi perlahan apabila sistem imbasan jari digunakan pada Pixel 2 XL. Lengah masa untuk peranti menyahkunci adalah lebih dari satu saat. Masalah kedua pula ialah skrin tidak mengesan multi-sentuh dengan sempurna. Apabila multi-sentuh digunakan, peranti gagal mengesan input. Aksi melakukan zoom contohnya tidak dapat lagi dilakukan. Google telah dimaklumkan mengenai masalah ini dan akan menyelesaikannya dalam kemaskini seterusnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd