Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan ciri-ciri untuk mengawal paparan pada News Feed, dengan fungsi seperti “See First”, “Unfollow” dan sebagainya. Terkini, mereka turut menambah sebuah lagi ciri baru, iaitu “Snooze”.

Facebook Snooze

Kini, anda boleh memilih sesiapa sahaja rakan anda di Facebook, atau Pages, dan memilih untuk tidak melihat perkongsian mereka selama 30 hari.

Ini mungkin sangat berguna sekiranya anda tidak ingin melihat perkongsian daripada seseorang untuk suatu tempoh masa. Sebagai contoh, mungkin ada rakan anda yang pergi bercuti keluar negara, dan anda tidak ingin melihatnya – ataupun mungkin Pages yang diikuti anda terlalu banyak berkongsi suatu berita yang tidak diminati anda untuk sesuatu bulan.

Untuk menggunakannya, anda boleh memilih “Snooze” pada pilihan menu pada perkongsian, dan seterusnya tidak melihat perkongsian mereka selama 30 hari. Facebook memperkenalkan ciri ini secara berperingkat bermula minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd