Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai perisian penyuntingan video popular di pasaran hari ini, dan salah satu perisian penyuntingan gambar profesional yang digunakan ramai adalah Vegas Pro. Bagi anda yang ingin mencubanya sebelum ini, mungkin sedikit sukar dan berkira-kira memandangkan harganya yang mencapai ratusan ke ribuan ringgit.

Walaubagaimanapun, untuk masa terhad, melalui Humble Bundle, kini perisian Vegas Pro 14 Edit ditawarkan pada harga hanya $20 iaitu sekitar RM88.

Humble Vegas Pro Bundle

Untuk makluman, ia ditawarkan pada harga diskaun kerana ia adalah versi generasi lama, dan menawarkan sejumlah ciri asas dalam penyuntingan video. Perisian ini turut menyokong penyuntingan video 4K yang digunakan ramai hari ini, selain mempunyai sokongan komuniti yang meluas di pasaran.

Bagi anda yang terlibat dalam arena kreatif, mungkin tidak ingin melepaskan peluang untuk mendapatkan perisian ini pada harga diskaun hari ini.

Bersama-sama pembelian ini di Humble Bundle, anda juga berpeluang mendapatkan perisian lain seperti MAGIX Video Sound Cleaning Lab, Xara Web Designer Premium, MAGIX Vintage Effects Suite, dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd