Pengenalan Apple iTunes Di Microsoft Store Ditangguhkan

Pengenalan Apple iTunes Di Microsoft Store Ditangguhkan

Diterbitkan pada Dis 17, 2017 oleh .

Pada bulan Mei 2017 yang lepas, Microsoft bersama Apple telah mengumumkan yang mana mereka sedang membangunkan perisian iTunes yang akan diterbitkan di Microsoft Store – sekaligus memudahkan semua memuat-turunnya, termasuk pengguna Windows 10 S. Walaubagaimanapun, kini sudah menjelang bulan Disember, dan ia masih tidak dilancarkan lagi sehingga ke hari ini.

Apple iTunes

Melalui laporan ZDnet, Apple dikatakan telah mengesahkan yang mana Apple dan Microsoft “memerlukan lebih masa” dalam menawarkan perisian iTunes terus pada Microsoft Store. Tiada sebarang tarikh yang diberikan buat masa ini.

Dengan laporan baru ini, ia boleh dikatakan perancangan untuk memperkenalkan iTunes di Microsoft Store masih diteruskan dan tidak dimatikan lagi buat masa ini.

Bagi pengguna Windows biasa, anda mungkin tiada masalah memandangkan masih boleh memuat-turun versi biasa iTunes, dan menjalankannya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menjalankan peranti dengan Windows 10 S, anda mungkin perlu nantikan sedikit masa lagi sebelum dapat menggunakannya.


TIPS & ULASAN