Kerentanan Sekuriti Ditemui Pada Pengurus Kata Laluan Yang Hadir Terbina Di Windows 10

Kerentanan Sekuriti Ditemui Pada Pengurus Kata Laluan Yang Hadir Terbina Di Windows 10

Diterbitkan pada Dis 17, 2017 oleh .

Sesetengah versi Windows 10 hadir terbina dengan sebuah perisian pengurus kata laluan, Keeper yang turut menyertakan pemalam pelayar web. Terkini, melalui ujian pengkaji sekuriti, mereka mendapati pemalam Keeper untuk pelayar web mempunyai kerentanan sekuriti yang membolehkan pihak ketiga mencuri data anda.

Melalui kerentanan yang ditemui, ia membolehkan pengodam untuk mencuri data pengguna yang menggunakan Keeper dan melayari laman mereka.

Keeper

Menurut pembangun Keeper, mereka telah mengeluarkan kemaskini automatik untuk pemalam web mereka di Edge, Chrome dan Firefox kepada versi 11.4.4 yang mengatasi masalah ini, sementara pengguna Safari perlu mengemaskininya secara manual.

Menurut pembangunnya juga, tiada pengguna yang didapati telah digodam data mereka, dan terkesan dengan kerentanan ini buat masa ini.

Bagi anda yang menggunakan Keeper ini, anda dinasihatkan menyemak sama ada ia telah dikemaskini dengan versi terkini sekiranya anda menggunakannya untuk menyimpan kata laluan anda.


TIPS & ULASAN