Xiaomi Dilaporkan Mungkin Hadir Dengan Komputer Windows 10 Berasaskan Cip Snapdragon

Xiaomi Dilaporkan Mungkin Hadir Dengan Komputer Windows 10 Berasaskan Cip Snapdragon

Diterbitkan pada Dis 17, 2017 oleh .

Microsoft pada tahun ini telah membuat kejutan dengan memperkenalkan beberapa komputer daripada pengeluar menggunakan cip Snapdragon dan menjalankan sistem operasi Windows. Microsoft memanggil komputer dengan ciri seumpamanya dibawah keluarga “Always Connected PC”.

Dengan menggunakan cip Snapdragon, ia menawarkan beberapa ciri, termasuk penawaran masa penggunaan bateri sepanjang hari – lebih 20 jam, dan pada masa yang sama menyertakan sokongan rangkaian selular bersama dengannya.

Ia turut menjalankan sistem operasi Windows 10 S yang membolehkan penggna menjalankan sejumlah aplikasi daripada Windows Store, selain turut menjalankan perisian desktop lain melalui pelagak terbina padanya.

Terkini, laporan baru hadir mengatakan Xiaomi turut sama dijangka hadir dengan komputer dengan ciri-ciri sama.

Seperti ramai sedia maklum, Xiaomi sedia menawarkan komputer berasaskan Windows di China – dan langkah ini mungkin tidak mengejutkan ramai. Dengan penyertaan Xiaomi juga, ia mungkin boleh memberi tekanan kepada pengeluar komputer lain bagi menawarkan peranti mereka pada harga lebih rendah.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan memperkenalkan peranti “Always Connected PC” mereka.


TIPS & ULASAN