Cari @ Amanz

Salah satu yang tidak digemari ramai pengguna seluruh dunia adalah apabila sesuatu video dimainkan secara automatik apabila anda melayari sesuatu web. Kini, untuk mengatasi perkara berkenaan, Google melalui Chrome mengintegrasikan sokongan untuk mute video yang dimainkan secara automatik.

Dengan ciri ini, anda tidak lagi akan terkejut apabila suara hadir tiba-tiba daripada sesuatu tab yang dibuka anda.

Buat masa ini, ciri ini diuji pada Google Chrome 64 Beta, dan dijangka akan diperkenalkan kepada semua dalam masa sekitar 6 minggu lagi.

Disamping ciri berkenaan, Chrome 64 Beta juga turut menyertakan sokongan sekuruti yang lebih baik, termasuk kebolehan penghalang pop-up yang ditambah-baik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd