Carian
Sapphire Hadir Dengan Siri Kad Grafik RX Vega Nitro+
December 18, 2017 Nazrin

Sapphire sebuah jenama pembuat kad grafik AMD yang terkenal, dan syarikat tersebut kini baru sahaja mengumumkan kehadiran siri kad grafik AMD RX Vega terbaru mereka, iaitu Sapphire RX Vega Nitro+.

Siri kad grafik ini hadir untuk kedua-dua model kad grafik AMD RX Vega 56 dan Vega 64, dan mempunyai rekaan penyejuk dan sistem penyampaian kuasa yang dibina khusus untuk membolehkannya di-overclock dengan stabil.

Dari segi rekaan fizikal, kad grafik ini mempunyai tiga buah kipas, menggunakan 2.5 slot pengembangan dan menggunakan tiga palam kuasa 8-pin untuk menggerakkannya.

Bagi mereka yang mementingkan kebolehan overclocking, menurut Sapphire kad grafik ini hadir dengan prestasi 12-14 peratus lebih laju daripada kad grafik asas oleh AMD. Kad grafik ini juga hadir dengan dua perisian BIOS, palam kipas untuk mengawal kipas rangka komputer.

Bukan itu sahaja, kad grafik ini juga mempunyai sebuah backplate untuk menyokong berat kad grafik ini, kerana ia mempunyai berat 1.6kg. Kad grafik Sapphire RX Vega Nitro+ ini akan mula dijual pada harga $659 (RM2670).

Komen