Cari @ Amanz

Honor Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penawaran Honor 7X untuk pasaran tempatan pada harga RM1099. Menariknya, sekiranya anda benar-benar ingin mendapatkannya, anda boleh menikmati diskaun tambahan RM100 dengan membelinya melalui Lazada antara pukul 3-4 petang hari ini, 18 Disember 2017.

Honor 7X adalah peranti dengan skrin 18:9 daripada Honor, menggunakan cip Kirin 659, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut menggunakan gabungan kamera 16-megapixel dan 2-megapixel dibelakang, sementara menggunakan kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 3340mAh menggunakan port mikro-USB.

Bagi anda yang berhasrat untuk mendapatkannya, boleh menantikan pukul 3 petang ini di Lazada dan mendapatkannya pada harga lebih rendah daripada yang akan dijual di pasaran, iaitu hanya RM999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd