Cari @ Amanz

Perkhidmatan penstriman video amat popular di kalangan pengguna peranti pintar kerana membolehkan mereka menonton rancangan kegemaran secara berterusan. Korea Utara bukanlah negara yang terkenal dengan kebebasan internet. Tetapi ini tidak menghalang dari ia melancarkan aplikasi penstriman video seumpama Netflix mereka sendiri.

Aplikasi My Companion 4.0 membolehkan penstriman filem, rancangan TV, membaca e-buku, berkaraoke dan memainkan permainan. Kesemuanya memenuhi syariat Juche yang menjadi pegangan hidup rakyat negara komunis ini. Di Korea Utara akses kepada internet adalah terhalang dan hanya boleh diakses oleh segelintir golongan elit. Penggunaan peranti pintar juga sudah berkembang dengan telefon pintar dan tablet buatan tempatan dengan bantuan teknologi dari China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd