Cari @ Amanz

2017 merupakan sebuah tahun yang cukup mencabar sekali untuk pengguna-pengguna komputer dan peranti pintar di seluruh dunia. Serangan-serangan atas-talian seperti WannaCry dan sebagainya menyebabkan orang ramai kehilangan fail-fail yang cukup penting buat mereka.

Terkini, Kaspersky baru sahaja mengumumkan kehadiran tiga buah perisian keselamatan yang membantu para pengguna ini melindungi komputer dan peranti mereka daripada serangan-serangan digital. Perisian-perisian ini termasuklah Kaspersky Anti Virus, Kaspersky Internet Securitydan juga Kaspersky Total Security.

Perisian Kaspersky Anti Virus hadir dengan ciri-ciri perlindungan daripada serangan virus dan trojan komputer tanpa memperlahankan komputer anda. Perisian ini juga mudah digunakan, dan semua kemasan baru akan dimuat-turun di latar belakang dan tidak akan mengacau penggunaan komputer anda.

Kaspersky Internet Security pula hadir dengan ciri-ciri tambahan kepada Anti Virus, seperti perlindungan privasi data, perlindungan tambahan untuk platform-platform pembayaran atas talian seperti FPX, PayPal dan sebagainya, dan juga ciri kawalan ibu-bapa supaya anak-anak mereka tidak melayari laman web yang tidak sepatutnya.

Perisian Kaspersky Total Security pula merupakan perisian yang paling komprehensif diantara ketiga-tiga perisian keselamatan ini. Selain daripada ciri-ciri yang dinyatakan diatas, ia hadir dengan ciri Kaspersky Safe Kids, sebuah lanjutan daripada ciri kawalan ibu-bapa pada perisian Internet Security.

Selain dari itu, Kaspersky Total Security juga mempunyai ciri pengurus kata laluan dan juga ciri penyulitan fail yang memastikan fail-fail anda selamat daripada serangan-serangan atas-talian.

Buat masa ini, perisian Kaspersky Internet Security dan Total Security hadir dengan sokongan untuk sistem operasi Microsoft Windows, Apple MacOS dan juga sistem operasi mudah-alih Android.

Perisian-perisian ini sudah boleh dibeli di kedai-kedai IT berdekatan dengan anda, dan hadir dengan beberapa pakej. Setiap satu perisian ini boleh digunakan dengan sebuah peranti komputer dan sebuah peranti mudah-alih.

Harga jualan produk adaah seperti berikut:

Kaspersky Internet Security:

Satu lesen – RM 100, Tiga lesen – RM 179, Lima lesen – RM 249

Kaspersky Anti-Virus:

Satu lesen – RM 39.90, Tiga lesen – RM 119, Lima lesen – RM 199

Kaspersky Total Security:

Satu lesen – RM 109, Tiga lesen – RM 199

Untuk maklumat tambahan. sila layari laman web Kaspersky.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd