Cari @ Amanz

Pada awal minggu lepas, SKMM telah mengeluarkan notis supaya pengguna tidak memiliki dan menggunakan mana-mana peranti televisyen digital (DTTV) dan IPTV yang tidak mempunyai label MCMC. Kini, berkongsi pertanyaan lanjut kami berkaitan dengannya, SKMM turut mengatakan yang mana peraturan sama turut tertakluk untuk pemilikan telefon dan set tablet dari luar negara.

Peraturan berkenaan adalah Peraturan 16, Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000. Dimana, sekiranya didapati bersalah, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM100,000, atau dipenjara selama tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Bercakap mengenai telefon dan juga set tablet, SKMM menggesa pengguna untuk menyemak peranti mereka melalui perkhidmatan Check Your Label – bagi memastikan kesahihan sesuatu produk berkenaan sebelum membelinya.

SKMM mengatakan tindakan undang-undang boleh diambil kepada pengedar atau penjual peralatan komunikasi yang tidak diperakui ini. Seperti biasa, pengguna turut boleh menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak SKMM untuk siasatan lanjut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd