Cari @ Amanz

Anda pengguna tegar Instagram? Mungkin dengan pelbagai gambar yang anda kongsikan sepanjang tahun ini, anda ingin ketahui beberapa gambar popular yang menerima “Like” terbanyak sepanjang 2017 ini.

Kini, dalam usaha memudahkannya, salah satu perkhidmatan yang membantu anda adalah 2017BestNine.

2017BestNine

Menggunakan perkhidmatan ini, anda hanya perlu memasukkan nama pengguna Instagram anda, dan ia akan seterusnya memproses dan memperlihatkan sembilan gambar paling popular anda sepanjang 2017 ini. Ia menarik gambar berkenaan berdasarkan kepada angka “Like” tertinggi yang diterima oleh gambar-gambar berkenaan.

Selepas menjananya, laman 2017BestNine turut memberikan pilihan untuk anda muat-turun gambar berkenaan, dan membolehkan anda berkongsinya terus ke media sosial yang lain.

Jadi, bagi anda yang menggunakan Instagram, anda boleh menyemaknya di 2017BestNine.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd