Cari @ Amanz

Huawei melancarkan sebuah lagi peranti di China hari ini dengan rekaan skrin nirbingkai 18:9. Huawei Enjoy 7S dilengkapi skrin 5.65″ TFT LCD FHD+, dijana pemproses HiSilicon Kirin, memori sebesar 3/4 GB dan storan 32/64 GB. Dwi kamera 16+2 Megapixel digunakan pada bahagian belakang dan kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.

Peranti ini turut dilengkapi bateri sebesar 3000 mAh tanpa sokongan pengecasan pantas. Sebuah pengimbas cap jari disertakan pada bahagian belakang. Akhir sekali ia akan menggunakan Android Oreo dengan pelancar EMUI 8.0. Di China peranti ini akan dijual pada  22 Disember hadapan dengan harga bermula dari RMB 1499 (~RM 924) sebuah. Warna yang ditawarkan pula adalah hitam, biru, ros merah jambu dan emas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd