Cari @ Amanz

Facebook menggunakan algoritma bagi memaparkan kandungan yang mungkin paling relevan bagi anda. Algoritma akan melihat jumlah perkongsian, Like, Share, komen dan reaksi dari pengguna sebelum memaparkannya pada susur masa anda. Tetapi sistem ini telah berjaya dimanipulasi oleh pengamal media sosial. Perkongsian yang berbaur pancingan kini digunakan secara meluas sehingga menyebabkan susur berita dipenuhi kandungan cacamerba.

Facebook menyedari algoritma mereka telah berjaya dimanipulasi dan telah mengumumkan cara mengatasinya. Perkongsian yang mengandungi unsur berbentuk pancingan Like, Share, Tag, komen dan reaksi akan disaring bagi mengelakkannya dari dipaparkan pada susur berita. Hanya status yang benar-benar menerima reaksi dari pengguna dengan banyak akan terpapar. Facebook juga akan memastikan status yang meminta ia dikongsi dalam situasi kecemasan (seperti mencari individu hilang) tidak akan terkesan dengan polisi baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd