Toyota Akan Hanya Menghasilkan Kenderaan Elektrik Dan Hibrid Menjelang 2025

Toyota Akan Hanya Menghasilkan Kenderaan Elektrik Dan Hibrid Menjelang 2025

Diterbitkan pada Dis 19, 2017 oleh .

Bahan api fosil semakin berkurangan dan harga minyak akan kembali naik dalam masa terdekat. Dunia dan teknologi kini sudah cukup bersedia untuk kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik. Ini adalah “masa depan” yang telah kami dengari sejak 1980an lagi. Toyota menjadi pengeluar yang terkini menjanjikan kenderaan mereka akan hadir dalam versi hibird atau elektrik sepenuhnya.

Toyota iRoadMereka mensasarkan pada tahun 2025, kesemua kenderaan yang mereka keluarkan akan hadir di dalam dua pilihan ini. Jualan sebanyak 5.5 juta kenderaan elektrik disasarkan menjelang 2030. China akan menjadi negara pertama menerima kenderaan elektrik Toyota kerana kesungguhan negara ini mengurangkan tahap pencemaran yang kronik. Dengan pengumuman ini, Toyota mengikut langkah Volvo yang akan menghasilkan kenderaan dengan pilihan elektrik menjelang 2019. Sebelum ini mereka mengumumkan pembangunan bateri yang lebih baik untuk kenderaan elektrik.

Apa yang merisaukan ialah kekurangan tempat pengecasan kenderaan elektrik di Malaysia. Sumber tenaga yang lestari juga masih di tahap rendah di Malaysia. Tiada gunanya kenderaan elektrik banyak di jalan raya jika ia masih dicas menggunakan bahan api fosil.


TIPS & ULASAN