Facebook Menguji Ciri Perkongsian Yang Hanya Hadir Pada News Feed Dan Bukan Profil

Facebook Menguji Ciri Perkongsian Yang Hanya Hadir Pada News Feed Dan Bukan Profil

Diterbitkan pada Dis 19, 2017 oleh .

Facebook sehingga kini membolehkan para pengguna berkongsi sebarang perkara melalui laman berkenaan, dimana ia akan dipaparkan pada News Feed untuk tatapan rakan-rakan, selain turut diperlihatkan pada halaman profil pengguna berkenaan.

Kini, ia dilihat syarikat gergasi laman sosial berkenaan turut sedang menguji kaedah perkongsian baru yang mana memperlihatkan sesuatu perkongsian pada News Feed sahaja – dan tidak pada bahagian profil.

Pilihan ini dipaparkan ketika anda ingin berkongsi sesuatu perkara – sekaligus memastikan halaman profil anda memaparkan apa yang anda benar-benar inginkan sahaja.

Langkah ini juga secara tidak langsung dijangka akan mempertingkatkan lagi angka perkongsian pada laman sosial berkenaan.

Buat masa ini, Facebook sekadar menguji ciri baru ini dikalangan segelintir kecil pengguna sahaja. Bagi anda sendiri, adakah anda meminati ciri baru yang sedang diuji ini?


TIPS & ULASAN