Lebih 1,500 iPhone Terjual Di Lazada Pada Jualan 12.12 Yang Lepas

Lebih 1,500 iPhone Terjual Di Lazada Pada Jualan 12.12 Yang Lepas

Diterbitkan pada Dis 19, 2017 oleh .

Lazada pada minggu lepas telah mengadakan acara jualan tahunan selama tiga hari, iaitu antara 12-14 Disember 2017. Kini, selang seminggu selepasnya, Lazada kini berkongsi statistik jualannya, mengatakan platform mereka menyaksikan nilai jualan mencapai lebih $250 juta (~RM1.01 bilion).

Angka ini sekaligus melangkaui angka jualan pada 11 November lepas yang menyaksikan angka jualan sekitar lebih RM500 juta. Angka jualan yang dikongsikan adalah angka keseluruhan Lazada Group, dan bukan setakat Lazada Malaysia sahaja.

Lazada mengatakan mereka menyaksikan jualan lebih daripada luar Kuala Lumpur kali ini, selain antara kategori yang popular adalah fesyen, permainan, permotoran, elektronik, dan berkaitan haiwan peliharaan.

Lazada turut mengatakan yang mana sebanyak 1,500 iPhone terjual pada 12.12 hingga 14.12 yang lepas, dan lebih 8000 gincu bibir terjual dalam masa 24 jam pertama melalui laman edagang berkenaan.

Bagi anda sendiri, berapakah anda belanjakan pada minggu lepas di Lazada? Adakah anda membeli sebarang telefon pintar baru atau peralatan elektronik yang baru pada harga diskaun ketika jualan mega berkenaan?


TIPS & ULASAN