Rakaman Skrin Pada Peranti Samsung Dengan Oreo Akan Dinamakan Berdasarkan Aplikasi

Rakaman Skrin Pada Peranti Samsung Dengan Oreo Akan Dinamakan Berdasarkan Aplikasi

Diterbitkan pada Dis 19, 2017 oleh .

Antara perkara yang sedikit melecehkan ialah penamaan rakaman gambar (screenshot) pada peranti pintar. Ratusan diambil dan kerap kali diberikan nama yang generik sehingga sukar mencari rakaman gambar yang dikehendaki di masa hadapan. Bagi pengguna peranti Samsung dengan Android Oreo, ini tidak akan jadi menjadi masalah.

Menurut laman Sammobile, rakaman gambar yang diambil secara automatik akan dinamakan berdasarkan aplikasi yang digunakan. Sebagai contoh apabila skrin YouTube dirakam, ia akan mempunyai perkataan YouTube pada nama yang diberi. Ini memudahkan proses mencari rakaman gambar yang dikehendaki di masa hadapan. Ini ialah fungsi yang secara ikhlas sudah lama kami perlukan. Setiap tahun ribuan rakaman gambar diambil untuk ulasan dan proses mencari gambar yang diperlukan adalah seperti mencari jarum di dalam jerami.


TIPS & ULASAN