Pengguna Nokia 6? Anda Kini Boleh Mencuba Android Oreo Beta

Pengguna Nokia 6? Anda Kini Boleh Mencuba Android Oreo Beta

Diterbitkan pada Dis 19, 2017 oleh .

HMD Global sebelum ini telah menawarkan ujian beta untuk para pengguna Nokia 8 bagi mencuba Android 8.0 Oreo Beta terlebih dahulu, dan memberikan maklumbalas sebelum pengenalan rasmi kemaskini berkenaan kepada pengguna umum. Kini, selain pengguna Nokia 8, pengguna Nokia 6 turut boleh mendaftarkan minat untuk mencuba Android 8.0 Oreo Beta.

Android 8.0 Oreo merupakan versi terkini Android, menawarkan sejumlah pembaharuan dari segi antaramuka, selain turut menyertakan beberapa ciri-ciri baru seperti Pictre-in-Picture dan sebagainya.

Sekiranya anda menggunakan peranti Nokia 6, anda kini boleh mendaftar minat untuk Nokia Beta Labs, dan mencuba versi sistem operasi berkenaan terlebih dahulu pada peranti anda. Seperti biasa, memandangkan ia pada peringkat beta, maka ia mungkin tidak stabil sepenuhnya. Namun, sekiranya anda ingin mencubanya terlebih dahulu, boleh mendaftar minat hari ini, dan mencubanya lebih awal berbanding pengguna lain.

Daftar : Nokia Beta Labs


TIPS & ULASAN