Carian
Perisian Hasad Baru Ditemui Pada Android – Mampu Merosakkan Telefon Anda
December 19, 2017 Aman

Sebelum ini, kita telah mendengar beberapa laman web yang menyertakan kod khusus untuk melombong mata wang kripto tanpa kebenaran pengguna. Kini, variasi perisian hasad (malware) daripadanya ditemui oleh pihak Kaspersky Lab yang menyasarkan pengguna Android, dinamakan sebagai Loapi.

Loapi hadir dalam penawaran seumpama sebuah aplikasi – yang mana biasanya dilabelkan seumpama aplikasi untuk semakan sekuriti, aplikasi lucah dan sebagainya. Ia hadir dalam bentuk sebuah perisian hasad yang berupaya untuk melakukan sejumlah aktiviti – termasuk memaparkan iklan kepada pengguna, melancarkan serangan DDoS, malah turut membuat pelombongan mata wang kripto.

Walaubagaimanapun, menurut pengkaji di Kaspersky, mereka mendapati untuk aktiviti pelombongan mata wang kripto berkenaan, ia menjalankannya secara sangat aktif – sekaligus memberikan kesan kepada bateri telefon yang menjadi panas, serta boleh mengembung dan merosakkan telefon.

Loapi

Daripada pengamatan pengkaji sekuriti di Kaspersky, aplikasi berbahaya ini diedarkan dalam bentuk APK – yang mana hadir dalam variasi memfokuskan aplikasi berbentuk sekuriti, aplikasi lucah, dan sebagainya.

Pengguna dinasihatkan yang mana tidak memuat-turun sebarang fail aplikasi APK pada telefon pintar, dan hanya mendapatkannya daripada kedai aplikasi sahaja. Anda juga dinasihatkan untuk mematikan ciri “Unknown Sources” untuk mengelak sebarang aplikasi APK dipasang pada halaman Security > Settings pada peranti Android anda hari ini.

Komen