Cari @ Amanz

Tahun ini ialah tahun yang amat hangat bagi apa dari segi jualan peranti dan kes mahkamah. Sambutan ke atas iPhone X amat menggalakkan dan begitu juga jumlah kes saman yang perlu mereka hadapi. Terkini mereka di saman syarikat KON yang merupakan jenama pakaian dari China. Menurut KON, logo App Store yang digunakan pada iOS 11 melanggar harta intelek logo syarikat mereka.

Seperti yang boleh anda lihat di atas, logo App Store baru mempunyai banyak persamaan dengan logo KON. Memandangkan KON telah menggunakan logo ini sejak 2009, mereka mahu Apple membayar ganti rugi kerana menggunakan logo tanpa kebenaran. Mereka juga mahu Apple melakukan permohonan maaf dan berhenti dari menggunakan logo mereka pada peranti yang dijual. Mahkamah China akan mendengar kes ini dalam minggu-minggu mendatang.

Sebelum ini jualan iPhone pernah diharamkan di Beijing kerana mahkamah bersetuju bahawa rekaan iPhone menyamai rekaan peranti keluaran sebuah syarikat tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd