Carian
Rekaan Samsung Galaxy S9 dan S9+ Tertiris Dengan Hanya S9+ Dilengkapi Dwi-Kamera
December 20, 2017 Effi Saharudin

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ dijangka dilancarkan pada acara MWC 2018 yang akan berlangsung pada bulan Februari. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini terdapat banyak maklumat tertiris mengenai peranti ini. Hari ini rekaannya tertiris sepenuhnya dan sekali lagi dari pengeluar kerangka Olixar.

Perbezaan di antara kedua-dua model bukan lagi terletak hanya pada saiz skrin. Untuk model 2018, Samsung nampaknya mengikuti langkah Apple dengan hanya menyertakan sistem dwi-kamera pada model Galaxy S9+. Susunan dwi-kamera adalah menegak berbeza dengan yang ditemui pada Note 8 tahun ini. Pengimbas cap jari pula di bawah lensa kamera seperti yang ditemui pada Galaxy A8 (2018) yang dilancarkan semalam. Apakah pendapat anda mengenai rekaan Galaxy S9 dan S9+ ini?

Komen