Google Chrome Akan Mula Menghalang Iklan Mengganggu Bermula Februari 2018

Google Chrome Akan Mula Menghalang Iklan Mengganggu Bermula Februari 2018

Diterbitkan pada Dis 20, 2017 oleh .

Google sebelum ini sedia menyatakan mereka akan mula menghalang iklan yang menggangu pada web melalui pelayar web mereka. Kini, berkongsi lanjut mengenainya, Google mengatakan mereka akan mula aktifkan ciri berkenaan di Chrome bermula 15 Februari 2018 kelak.

Google pada tahun ini telah mengumumkan penyertaan dibawah badan Coalition for Better Ads – dalam usaha menyediakan iklan-iklan pada web yang tidak menganggu pengalaman pengguna pada desktop mahupun peranti mudah-alih, sekaligus menetapkan piawaian berkaitan.

Dan dalam usaha mengatasi web-web yang memaparkan iklan berbentuk menganggu, Google melalui Chrome akan mula menghalang iklan sebegitu – sekaligus memastikan pengalaman pengguna adalah baik sepanjang masa.

Selain Google, pihak Opera turut telah menyertakan penghalang iklan terbina pada pelayar web mereka. Pengguna sendiri boleh memuat-turun pelbagai penawaran pemalam penghalang iklan untuk pelayar web, dan menggunakannya pada pelayar web anda hari ini.

Tetapi, dengan langkah Google sendiri mengaktifkannya pada pelayar web popular Chrome – ia semestinya akan memberikan impak kepada laman-laman yang memaparkan iklan menganggu dan berkualiti rendah, sekaligus menambah-baik lagi arena industri pengiklanan di internet secara keseluruhany.


TIPS & ULASAN