Nokia 9 Dijangka Hadir Dengan Skrin 5.5-inci OLED, Snapdragon 835 Dan Dwi-Kamera Belakang

Nokia 9 Dijangka Hadir Dengan Skrin 5.5-inci OLED, Snapdragon 835 Dan Dwi-Kamera Belakang

Diterbitkan pada Dis 20, 2017 oleh .

Tahun ini menyaksikan HMD Global memperkenalkan Nokia 8 dengan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk penggunaan kamera berjenama Zeiss pada peranti mereka. Kini, bergerak kehadapan, ramai yang menantikan peranti Nokia 9 yang telah diperkatakan sejak beberapa bulan lepas.

Hari ini, Nokia 9 dilihat telah melepasi pengesahan badan berkuasa di Amerika, iaitu FCC, sekaligus memperlihatkan beberapa info lanjutan berkenaan telefon pintar berkenaan.

Daripada apa yang diketahui, Nokia 9 dilihat hadir menggunakan cip Snapdragon 835, serta dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan panel OLED.

Telefon pintar ini juga dijangka hadir menggunakan kamera hadapan 5-megapixel, selain kamera hadapan gabungan sensor 12MP dan 13MP.

Nokia 9 ini juga dijangka hadir dengan Android 8.0 Oreo secara terbina bersama dengannya.

Buat masa ini, info lanjut seperti tarikh pelancaran, mahupun spesifikasi lain seperti memori dan sebagainya tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN