Cari @ Amanz

Apple sebelum ini telah mengumumkan pengambil-alihan Shazam, iaitu aplikasi pengecaman muzik dan memberikan anda nama untuk sesuatu lagu yang sedang dimainkan. Shazam sebelum ini beroperasi secara atas-talian, dan tidak beroperasi sekiranya telefon anda tidak mempunyai sambungan rangkaian internet.

Walaubagaimanapun, kini perkara berkenaan berubah. Shazam hari ini memperkenalkan kemaskini untuk pengguna iOS, dimana ia kini turut menambah sokongan luar-talian pada aplikasi berkenaan.

Kini, anda boleh menjalankan Shazam walaupun anda tidak mempunyai akses internet, dan Shazam akan menyimpan data berkaitan sekaligus memberikan nama lagu yang dicari sebaik sahaja peranti anda disambungkan ke internet.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Shazam di iOS, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd