Cari @ Amanz

Apple AirPod merupakan fon telinga tanpa wayar daripada Apple. Generasi pertamanya telah ditawarkan sejak penghujung 2016 yang lepas, dan kini menurut penganalisa popular KGI, Apple dijangka memperkenalkan Apple AirPod generasi kedua pada 2018 kelak.

AirPod generasi kedua ini dijangka akan menyertakan komponen quartz yang lebih kecil. Selain itu, kita juga mungkin boleh melihat sokongan pengecasan tanpa wayar yang pada AirPod ini kelak.

Info lanjut mengenainya masih tidak diketahui, dan mungkin akan kita dengar dalam masa bulan-bulan akan datang.

Bagi anda yang menggunakan AirPod, adakah anda berpuas hati dengannya sehingga kini? Adakah anda akan mendapatkan generasi kedua fon telinga tanpa wayar berkenaan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd