Facebook Spaces Dilancarkan Untuk HTC Vive

Facebook Spaces Dilancarkan Untuk HTC Vive

Diterbitkan pada Dis 20, 2017 oleh .

Facebook Spaces VR dilancarkan untuk Oculus Rift pada April lalu. Dengan program ini, pengguna boleh menyelami dunia Facebook secara realiti maya dan berinteraksi dengan avatar pengguna lain. Program ini akhirnya dilancarkan untuk pengguna HTC Vive.

Kesemua fungsi yang ditemui pada versi Oculus seperti pensriman langsung, melakar secara maya dan melakukan panggilan menggunakan avatar disokong di dalam versi Vive. Malahan pengguna Oculus dan Vive boleh berada di dalam dunia yang maya yang sama secara serentak. Aplikasi Facebook Spaces VR ini boleh dimuat turun secara percuma oleh pemilik Vive menerusi pautan di bawah.


TIPS & ULASAN