Carian
Senarai 25 Kata Laluan Terburuk 2017 Diperlihatkan
December 20, 2017 Effi Saharudin

Kata laluan yang baik memastikan data peribadi anda tidak akan terjatuh ke tangan individu yang tidak dikehendaki. Pakar keselamatan mengesyorkan penggunaan kata laluan yang panjang, mengandungi nombor serta abjad dan penggunaan huruf besar. Tetapi tidak semua pengguna mengambil serius tentang kata laluan.

Senarai 100 kata laluan terburuk 2017 telahpun dikongsikan oleh SplashData dan sekali lagi “123456” kekal di tangga teratas. Ini ialah tahun ke tujuh ia dinobatkan sebagai kata laluan terburuk. Berikut ialah senarai 25 kata laluan terburuk sepanjang 2015. Untuk senarai penuh sila ke pautan di bawah.

  1. 123456
  2. password
  3. 12345678
  4. qwerty
  5. 12345
  6. 123456789
  7. letmein
  8. 1234567
  9. football
  10. iloveyou
  11. admin
  12. welcome
  13. monkey
  14. login
  15. abc123
  16. starwars
  17. 123123
  18. dragon
  19. passw0rd
  20. master
  21. hello
  22. freedom
  23. whatever
  24. qazwsx
  25. trustno1
Komen