Galaxy A8 (2018) Dan Galaxy A8+ (2018) Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Januari 2018
Aman
Samsung semalam telah melancarkan Galaxy A8 secara rasminya, dimana ia menawarkan rekaan premium dan dijangka ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding peranti siri-S. Lanjutan daripadanya, hari ini Samsung Malaysia mengumumkan mereka akan menawarkan telefon pintar berkenaan di Malaysia pada Januari 2018 kelak.

Samsung Galaxy A8 (2018) dengan skrin 5.6-inci Super AMOLED, sementara Galaxy A8+ (2018) pula hadir dengan skrin 6-inci Super AMOLED.
Telefon pintar ini adalah pertama dibawah siri Galaxy A yang menggunakan rekaan hampir nirbingkai dan paparan pada nisbah 18.5:9.
Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah sokongan dwi-kamera hadapan iaitu 16MP f/1.9 dan 8MP f/1.9 – sekaligus menawarkan ciri seperti Live Focus, Beauty Mode dan sebagainya. Untuk kamera belakang ia menggunakan lensa 16MP f/1.7.
Peranti ini turut menyertakan sokongan kalis air IP68, menyokong SamsungPay, dan sebagainya.
Harga jualan untuk Galaxy A8 dan Galaxy A8+ masih belum diumumkan buat masa ini, dan dijangka dikongsikan Samsung Malaysia pada Januari 2018 kelak.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.